CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 20, 2010

Rabu Yang Meriah

Rabu ritu, 17 Mac 2010… aku pi kerja macam biasa. Aku pakai kemeja yang dibeli kat bundle kot. Tau harganya baper? Rm2.50. hehehe… aku tak malu pom. Ngan bangganya aku citer kat daq opis aku si pojie apai, kak aima, dan mariam. Suma terkejut, sebab kualiti kaen sangat bagus dan ader brand… aku aser bangga jugaklah kan. Aku nie jenis tak kesah bab pakaian sebab aku lebeh suka makan (tapi aku makan tak banyak pom, just nak merasa jerk kot)… baju aku tue asal boleh dipakai ngan selesa dan tak menampakkan buah dadaku secara manual da cukup…

Aku bekerja ngan senang ati…

Petang tue aku baleq ngan activity biasa, aku akan singgah umah Mr. Boy. Tapi petang tue aku singgah umah kak Ma, (umah abang + akak ipar dia yang sangat sporting morting)… tak lama pom, aku just nak jumpa si chomel Isya (Nur Izzriyana Marissa-anak buah Mr. Boy yang sangat chomel). Aku sangat suka daq tue, sebab dia manja manja nakal macam aku. Hehehe…

After tue, Mr. Boy ajak aku kuar. Kali nie tak minum. Just pi snap pix lagik kat Pantai Teluk Gadung. Aku da macam mak orang pi sana, ngan baju kerja… sampai ujung kami jalan-jalan. Kat situ ader satu tasik. Aku panggil tasik sebab ader dua suku kata, orang tua panggil tue muara sungai jadik lima suku kat. Panjang, aku malas nak menyebutnya… kat tasik tue ader satu sampan, very nice sebab duk bawah pokok rendang. Kam tak berani nak pi sana. Satu jerk yang kami pikir, BUAYA! Owhhh, NO, NO, NO… aku lau boleh taknak mati dingam buaya… aku takut! Fullstop.

Kami jalan lagik sampai aku cakap kat Mr. Boy “dear, im so tired, huhuhu”. Aku tak speaking oke. Kamu translated sendiri, hehehe… sampai kat satu batang kayu mati, kami lepaq sat kat situ. Still Mr. Boy suh aku lompat lompat. Dia nak wat aku sarkis ke haper? Ingat senang ke nak lompat atas batang kayu? Nak terjatuh jatuh au… demi kerana aku saying, aku ikut. Lau adeq aku yang suh da lamer aku cepuk cepuk, hehehe…

Astu kami snap snap kat area Bukit Gadung kot, (aku tak pasti nama bukit tue aper, yang pasti bukit bukan gunung oke)… men men kat air lagik, abes bawah aku, naseb tak kuyub. Best, best…

Hahaha…

Sangat kelakar kot bagi aku. Tapi aku sangat letih time tue. Haus lagik, tapi da lewat kan, aku tak berani nak ajak Mr. Boy minum…

Alahai…

Pssst…
Walaupom bundle, aku still chomel kot dalam pix, ahaks!

Tuesday, March 16, 2010

Happy Anniversary Fourthly

tau tak 14 Mac 2010, urmmm 3ari lepas kot adalah ulangtahun percintaan (chewahhh, percintaan) aku yang ke-4 ngan Mr. Galaxy. pejam celik pejam celik da 4taun da kami couple. aser macam kecik jerk angka tue, tapi tiap tiap ari aku selalu nak wat buah ati aku mengamuk dan tiap tiap ari jugaklah, aku selalu rindukan dia tak penah jemu...

tapi kan...

aku ngan senang ati berkerja 8jam tanpa ader paper perasaan. actually aku memang nak sangat celebrate. sebab aku selalu tertunggu tunggu tarikh keramat itu. bayangkanlah, beday kami sorang kat timur sorang kat barat, takpom jatuh pada bulan pose. anniversary nie pom macam tue jugak...

sedeh au...

demi taknak hampakan perasaan aku ngan Mr. Galaxy, aku wat kerja giler. aku amik cuti 15 Mac 2010. tak kira, aku nak jumpa buah ati aku jugak. weee~~~ giler tak aku? aku tak peduli. lagipom aku tak penah cuti lagi bulan nie. daq opis aku ader yang seminggu amik cuti, yang kat 2minggu tue lagik giler dari aku. aku baru leave sehari. tak rugi pom syarikat tue. (jangan daq opis aku baca da entry nie, aku menipu oke).

15 Mac 2010...

actually kami tak kuar jalan jalan pom. breakfast pagi tue aku makan nasi minyak lauk gulai peha ayam dan Mr. Galaxy makan nasi lemak telor mata. masing masing minum tea tarik... tak banyak activity yang kami wat time tue. masing masing wat hal sendiri. dia duk download "Slumdunk", aku duk baca blog orang sambil men twitter.

aku lebeh suka duk lepaq macam tue ngan dia. lau kuar, duit abes letih pom dapat. tengahari tue, dia nak mandi aku pom ikut dia masuk toilet. sajer nak kaco dia. dia sempat percikkan air pada muka aku. hahaha... takut sangat aku tengok payudara dia. ahaks...

petang tue dia ajak aku kuar makan. dia sangat sangat lapar. kesian dia merengek, tapi aku wat tak layan jerk. sebenarnya aku segan nak bersuka ria kat umah dia time mak and akak ipar dia ader, (tapi lau diorang takder, tiba tiba aku kuar 2tanduk, jahat kan aku?) aku mintak dia bersabar jerk time tue. aku nie betol betol teruk kan? aku amat kesal ngan sikap aku yang tak bertanggungjawab tue. aku harap dia faham ngan perasaan aku.

kami pi makan kat kedai depan pantai Teluk Lipat. bukan masakan panas pom. just ader mee goreng, mee kari dan mee tomyam. Mr. Galaxy makan mee goreng (sepingan tue macam untuk sorang daq kecik makan), anerlah cukup untuk bf aku yang ngah lapar tue. jadi aku tambahkan dia keropok lekor goreng rm1, fishball 5cucuk ngan ais jagung spesel. suma dia makan. aku just makan ais jagung spesel ngan tea tarik, (aku sangat sangat haus oke)... kami tak romantik time makan, nanti tak kenyang, ahaks!

after makan makan suma, kami singgah pantai. aku yang drive time nak pi pantai tue. dannn... aku pilih port paling bek (bukan port nak wat pojek oke). sajer nak lepaq lepaq kat situ. tempat yang kami park tue memang best. kat batu batu besar. canteq jugaklah pemandangan kat situ. orang pom ramai kiri kanan.

aper lagik activity yang aku boleh wat kat situ ngan Mr. Galaxy? takkan nak bercumbuan kot. kami men snap snap pix lah. macam macam action aku wat sampai berpeloh peloh ketiak aku. naseblah tak sebusuk ketiak bf aku. tue activity paling paling paling kami suka. walaupom kami bukan photographer, tapi aku akui Mr. Galaxy sangat terer tang perspektif pix yang kami nak snap tue. aku bangga tol jadik gf dia. aser berbungga bungga jerk... pujian nie; aku harap harap sangat dia tak kembangkan lobang idong dia yang sememangnya da kembang tue kerana teruja ngan statement aku. actually Mr. Galaxy pantang dipuji. riak kebanggaan tue jelas terpampang pada idong dia. aku tak tau keluasan kembangan yang mampu dia buat, yang pasti aku nampak sebab ianya sangat kontra.

aku harap dia tak cubit bontot aku lau dia baca entry nie...

tapi kan,

ngah aku sonok duk lompat lompat duk tonggeng tonggeng kan, Mr. Galaxy tersungkur depan mata aku. aku tak tau nak cakap aper time tue, sampai aku aser macam nak terkencing jerk. aku tak pikir panjang terus ajak dia baleq. tulang kering dia terhantuk kat batu batu besar tue. sebabbya, dia nak lari dari ombak yang datang tue...

aku ingatkan dia nak baleqlah, upanya sambung lompat lagik. aku tau dia sangat sakit. tapi dia sajer nak gelak kuat kuat taknak bagi aku isau. aku pom taknak ilangkan mood dia jika aku asek paksa dia baleq, so aku pom turut sama gelak sampai leleh air mata aku.

so, endingnya banyak giler pix yang kami snap. lagi, dia tak boleh tido malam sebab sangat eppi. (actually selama couple aku susah nak tengok dia gelak giler giler sebab azalinya dia seorang yang sangat serius). baleq tue mestilah Mr. Galaxy pulak yang drive (kami selalu gilir gilir drive).

aku sangat bahagia hari itu...

...Kentucky Fried Chicken...

rini aku plan nak dating lagik. bak katanya si Mr. Galaxy, "Isk, takleh lepe lau bf ada kat kampung". aku pom tak tau, asal bf aku baleq Dungun jerk aku akan wat kertas kerja untuk dating kami. eh, bukan... belom dia baleq lagik aku da wat plan A, plan B, plan C, takpom plan D. ikut yang mana berkesempatan. lau boleh ari ari aku nak jumpa dia, biar dia naek muak tengok muka aku yang da berkawah kawah akibat letusan gunung berapi setiap 3ari sekali. tapi, aku peduli aper kan? dia bf aku, ikot sedap manes aku lah...

okey, okey, okey...

berbaleq pada tajuk perbentangan asal, aku terasa nak kuar minum ngan dia after aku baleq kerja. dengan segala senang atinya, aku pom mesej lah dia. (actually, aku memang takkan call dia sebab aku sangat sayangkan kedit aku). aku taip, "nanti kiter kuar minum bila ma baleq neh?". dan dia selalunya akan okey jerk ngan segala permintaan aku. al-maklumlah, aku sorang jerk awek dia buat masa nie. bangga tol aku.

tapi...

aku tak plan pom aku nak minum kat KFC sebenarnya. aku pom kenyang lagik. aku ingat nak ajak dia minum teh tarik pekena roti tisu jerk kat kedai mamak. tengah aku duk pasang plan A, B dan C nie, mak aku pulak anta mesej suh belikan beras dan barang. aper lagik, on the spot kot aku terus mesej Mr. Galaxy, "temankan ma beli beras dan bawang dulu before kita pi minum neh?"... dia senang ati cakap okey jerk.

time aku nak baleq tue aku tak mesej pom Mr. Galaxy, sajer malas. selalunya aku akan mereportkan segala perbuatan aku. alaaa, dia tau yang aku akan terus menuju umah dia. sampai jerk, aku terus bagi salam pada tuan umah. lau ngan Mr. Galaxy aku akan wat gaya salute (ala, selalunya pakcik pakcik kat kampung suker sangat wat gaya tue) sambil bagi salam. dia pom membalas ngan cara yang sama sambil tergelak. lau nak di ikutkan tue gaya paling nakal aku buat untuk dia bila mula mula jumpa. aku tak tau naper aku wat macam tue. maybe aku terikut ngan gaya dia yang nakal tue...

selagi dia tak tarik telinga aku, selagi tue aku akan wat macam tue...

kami pom bergerak nak pi beli beras dan bawang tadi kat kedai "cina bodoh". aku tak tau mana ntah cina tue dapat nama tue. yang pasti dia kira beras ngan bawang aku tue betol jerk. tapi lau dia tipu aku, dia memang "CINA BODOH!" ahaksss...

dan siap beli beli, Mr. Galaxy tanya nak minum kat mana. sedang mata aku melilau aku terpandang pakcik tua. boleh tahan sedap nie... aku pom cakap aku nak pi KFC lah, aku pom da lama sangat mengidam ngan milo KFC tue. actually masa aku merajuk ngan dia dulu, dia janji nak belanja milo KFC. tapi aku tak tuntut janji tue. aku just teringin sangat nak belanja dia. selalunya, dia jerk yang kuarkan duit dari dompet time kami kat Burger King ke, Mc'D ke, Pizza Hut ke, KFC, A&W lah, food court lah dannn... aku nak cakap yang sebenarnya aku tak penah belanja dia makan sedap sedap selama 4taun nie. dalam purse aku asek ader rm3.00 jerk. setakat 100Plus aku beranilah belanja.

dannn... mungkin nie jugak tanda aku nak celebrated our annyversary aku 2ari lepas.

aku makan set individual yang rm7.90 kot, Mr. Galaxy pulak makan twiester aper ntah namanya tue 1set tambah ngan ice cream milo. yummy... yummy...

sambil makan sambil snap snap pix. pix dia kot banyak aku amik. mengaplikasikan sebabek mungkin 5800 yang baru dimili tue. dan, aku jugak tak baper nak tenang makan sebab aku compius orang yang makan kat sebelah aku tue wat aper sampai bergegar meja. aku takkan nak usha di sebaleq penghadang dinding tue kang. kang ader yang menjerit sebab ner cubit kat bontot.

lau ikutkan kami nak duk lagik 15minit kat situ, nak snap pix jerk. tetiba ader pulak kenalan Mr. Galaxy nie datang duk sebelah aku, terbantut segala agenda. kami pom baleqlah, si dia pom penyegan orangnya bila jumpa ngan member member lama.

sebelom baleq ke umah, aku teman dia beli pasir najis untuk Snowy. da besar pom si chomel tue. aku geram, tapi aku takut. so, aku tengok dari jauh jelah... aku arap Snowy akan sehat dan makin chomel macam aku...

Monday, March 15, 2010

...Kerana Mulut, Badan Binasa...

semalam aku ader bermesejan ngan Mr. Galaxy. dia da bawak aku ke dunia kami yang dulu. aku tergelak gelak teringatkannya. aku tak pasti aku mahu kembalikan sejarah dulu ataupom tak. ader baek dan buruknya, ader sedeh dan gembiranya kami ketika itu...

Mr. Galaxy : bla... bla.. bla... pa terlupa nak tipu ma.
aku : tipu aper pa?
Mr. Galaxy : dulu, masa pa tipu ma yang pa sakit, ma selalu cepat cepat tengok dan periksa. padahal pa tipu jerk, banyak kali lak tue ma ner tipu. macam balasan betol betol pa sakit. yang pa cakap pa lupa nak tipu tue pasal kat batu. sepaptutnyer pa wat wat tak laeh bangun, biar ma angkat pa papah masuk dalam kete. macam dalam drama...
aku : ...

ya, semalam dia sakit, ader luka dan jatuh atas batu time kami seronok duk snap pix banyak banyak. puncanya dia nak lari lebehan ombak yang datang, aku tak dapat nak berkata kata. actually baru aku teringat yang aku duk gelakkan dia sampai aku ader macam nak terkencing dalam suar. aku nampak tulang kering dia merah.

salah aku jugak. bila gurau aku pikir betol, tapi bila betol aku pulak yang endah tak endah... aku nie gf yang bagus ker? bila di fikirkan baleq, sakit sakit dia pom dia boleh lagik ketawa berdekah dekah. suma tue dia wat untuk tengok aku gembira. aku memang sangat sangat gembira.

dan...

lau boleh aku taknak sedehkan dia. lau boleh ari ari nak dating, hehehe... aku pom tak kesah sangat dia nak tipu aku lau bukan tipu bab bab pompuan. selagi aku larat nak jaga dia, aku buat. aku aku tak cukup kudrat, aku akan suh dia wat sendiri sampai dia nek bosan...

saper tak sayang bf kan?

...Pendahuluan...

amaran!

ini blog yang pertama kali aku hasilkan sendiri tanpa bantuan Mr. Galaxy. (tipu ar tue, skit skit ader jugak tanya). ngan rasa bangganya, blog nie aku hasilkan atas desakan hati. sebenarnyer aku da lama nak hasilkan blog yang berunsurkan hal peribadi aku yang mejurus kepada kisah cinta aku semata mata. aku taknak campur adukkan blog nie ngan citer aku bengang pada orang laen selain daripada Mr. Galaxy aku. aku taknak citer pasal opis, pasal shrek ke, pasal ketiak masam ke kat sini, sebab aku bukan mami jarum. dan aku mintak maaf sekiranya kamu tak suka.

dan, dan, dan...

aku nak cakap yang aku da tukarkan penggunaan bahasa. jika di blog aku yang ini, aku lebeh senang berbahasakan nama betol atau nama manja aku, tapi kat sini tak. harap maklom. aku taknak hikpokrit ngan perasaan aku. actually aku taklah ksar sangat, tapi aku jugak tak lembut. buktinya, aku boleh wat smack-down pada Mr. Galaxy. mungkin dengan nie, mudah untuk aku menyumpah segala pada Mr. Galaxy jika aku sakit ati, so ati ati...

dan, dan, dan lagik...

mungkin cara penulisan aku agak teruk. aku arap kamu faham aper yang nak aku sampaikan. lau tak faham sekalipom, kamu boleh wat wat faham atau kamu boleh email Mr. Galaxy jerk. sebab aku memang takkan bukak email aku.

aku aser macam kasar sangat jerk nie, tapi aku akan cuba gunakan "aku" kerana ianya tak salah di sisi undang undang. lau kamu tak senang kamu cakap k. aku hanya mampu dengar jerk, lau nak tukar pendirian aku tue mungkin tak kot...

dan, dan, dan...

dua ari lepas anniversary aku yang ke-empat ngan Mr. Galaxy, (
14 Mac 2010). nie jugak salah satu faktor aku wat blog baru. azam nie, aku nak kurangkan marah marah... semoga Tuhan lebeh tenangkan ati dan perasaan aku. aperpom, semalam ari paling gembira untuk 4taun nie...

*psss,
semalam aku gelak sampai nak terkencing dalam suar. nie suma Mr. Galaxy aku punya pasal...