CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 20, 2010

Peria Cicah Belacan Busuk!

Hidup aku nie sekarang sangat tensen. Ari-ari aku ner perah otak, berfikir,berfikir, dan terus berfikir. Sampaikan kutu biba pom boleh mati. Aku raser macam nak siat-siat kulit orang guna gigi aku. Aku geram beb.
Peha aku maseh ader kesan lebam ner cubit. Alasan; aku nie terlalu gedik. So hell lah!!! Ooo... Aku gedik jerk nampak. Dia punyer gedik dalam spender ker? Ingat aku tak nampak?! Nak jerk aku maki orang.
Bila aku wat perangai suma nampak. Dia pom bukan pedulikan aku pom. Aku jerk yang salah.
Tensen!!!

Sunday, May 30, 2010

Jalan-Jalan

Hari Jumaat (28 May 2010) ritu, aku da temankan bf aku amik barang dia kat Politeknik Sultan Ahmad Shah, Semambu Kuantan. Bertolak dari Dungun dalam kol7.30 pagi. 2jam gak ar masa nak sampai kat sana. Poli tue kering, suma da baleq kampung masing-masing. Bila da sunyi macam tue, scary gak bagi aku. Lagi-lagi kat Kamsis (hostel) diorang... Struktur bangunan pom agak menakutkan. Lau aku yang belajar kat situ, kol8 malam aku tak kuar bilik da...

After da siap angkut suma barang dia, kami bergerak pi ke East Coast Mall. Nak tengok wayang kat sana. Citer yang macam kami plan tue, "Prince of Persia"... Sampai ECM kol10.30. takder ticket awal, so dia beli tiket kol2.25 petang. After that aku ajak dia makan, da lapar sangat asernyer...

Pas makan jalan-jalan kat dalam tue. Bf aku sempat shopping suar pattern skinny. Aku suka tengok dia pakai suar pattern macam tue. Sesuai kit ngan dia yang tak berbontot tue. Barang len suma ader less, suar bf aku takder less. RM89.90, brand aper ntah grey colour.

Jalan-jalan lagik, bf aku tanya aku nak beli aper? Aku cakap aku taknak paper... Aku tak tau ar masalah aku lau kuar ngan dia aku jarang nak shopping-shopping nie. Aku segan nak pakai duit dia. Ye ar barang suma bukan murah kot. Dia da ar tak kerja lagik. Aku nampak dari mimik muka dia geram kat aku, tapi aku wat tak tau jerk...

Astu dia plan nak pi Megamall pulak. Tak best aner da kat situ. Macam suram jerk... Aku ader gak suker kat 1purse syiling nie... Aku tengok jer ar. Last bf aku bunyi "takkan datang sini semata-mata jalan tak shopping?". "tengok tue tak nak, tengok nie taknak". Sedeh gak aku. Tapi aku okey... Dia da tak bercakap ngan aku... Senyap jerk sampai kuar dari Megamall tue.

Sedeh

Aku tak tahu aper yang aku raser sekarang... Yang pasti aku sangat sedeh. Nie adalah entry pertama aku yang meluahkan perasaan tanpa raser... Pagi tadi aku drive aku hampir hampir nak accident. Alhamdulillah, aku bersyukur takder paper terjadi pada aku dengan perasaan aku yang macam nie. Tapi lau diikutkan, aku tak kesah aper nak jadi pada aku. Aku rela dari aku sedeh memanjang. Aku bosan dengan hidup aku yang tak ceria. Aku da cuba lakukan aper yang boleh gembirakan hidop aku, tapi tue hanya sementara. Aku raser suma taknak faham aku sedangkan mereka nak aku faham kehendak diorang yang aku tak boleh nak ikut.

Aper yang patut aku lakukan untuk puaskan ati suma orang?

Aku sangat sangat bosan hidop ngan keadaan yang macamnie...

Aku sedar aku tak sempurna, mungkin ader yang sakit ati memandang. Aku raser macam nak hidop sorang sorang. Dalam gua mungkin. Aku ketawa sekadar ketawa tapi ati aku melayang layang. Aku tak tahu aper aku pikir. Kadang aku kecik ati ngan sikap bf aku. Aku pikir, dia tahu nak nak marah aku jerk. Taknak faham aku. Dalah famili aku pom macam kucar kacir, dia pom macam nak tambah masalah yang aku hadapi. Bila aku cakap, aku pulak yang disalahkan. Aku taulah aku memang selalu wat silap wat salah, aper ruginya lau dia nasihat aku ke, bagi dorongan kat aku ke, nie tak. Aku cakap macamnie, dia nak cakap macam tue. Macam bodo kan hidop aku? Bila aku pikirkan sakit ati aku nie, aku raser macam nak lari jauh jauh jerk. Nak campak handphone dalam laut biar paus telan. Nak botakkan kepala. Nak toreh muka macam lanun, biar takder saper kenal. Tapi aku tau takkan ader saper pedulikan kehilangan aku.

Nie sekadar luahan ati aku, laulah termakbul segala yang aku raser nie, aku tak tau nak cakap aper lagik. Aku nak nanges sekarang.

Bye.

Saturday, May 29, 2010

Cinta Tersimpul Rapi

Aku da agak okey ngan Mr. Boy aku… Hehehe. Semalam dia ader cakap nak amik barang kat umah sewa kawannya. Mula tue dia plan nak pi ngan abang dia. Then aku boleh pulak cakap “nak ikut.” Sebenarnya aku ngah takut lagi ngan dia. Aku just wat tak tau. Lau aku layan marah dia, sampai sudah tak abes sengketa nie… Just tunggu masa untuk telinga aku di tarik sebab tak dengar cakap dia, hehehe. Aku suka time nie, boleh manja manja. Jangan dia hempuk aku sudah… Jawapan dia tadi untuk point aku, dia cakap nak pi berdua jerk ngan aku, weee… lagi aku suka.

Aku harap kawan kawan dia da baleq kampong, sebab aku segan nak jumpa diorang. Ntah macamna boleh terkuar pasal nak tengok wayang. Mula tue dia cakap takder citer bez… Maybe pas da usha kat tenet ader “The Princess of Persia”, dia cakap bez… Aku pom penah gak tengok iklan nie, boleh tahan ar beznye… Tapi dia syorkan aku tengok “Shrek 3”. Aku memang suka tengok Shrek nie. Tapi dia da tengok dulu dari aku. Tak acikan? Da ar tengok tak tunggu aku. Geram betol… Laz aku cakap kiter pi tengok asing asing ar… dia juz “hehehe”. Aku ???

Aku tau dia takkan sampai ati nak biarkan aku tengok citer sorang sorang. So aku da wat keputusan aku nak tengok “The Princess of Persia”. Aku pom takleh duk sorang sorang, TAKUTTT… aku nie memang penakut. Aku tak kesah aper pom aku nak buat atau tengok paper asal dia ada bersama aku,

Sebab… Aku sayang dia.

Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Aku Suka Lagi Makan Kuih Bangkit!

Mengikut kiraan aku, masuk hari nie da 2minggu lebeh (20 ari) aku berselisih faham ngan Mr. Boy aku. Aku tak faham ar. Ari-ari ader jerk perkara yang tak betol pada pandangan dia. Aku jerk yang salah, (tapi aku mengaku, memang salah aku pom). Aku da frust giler-giler. Aku tak tahu naper aku tak boleh nak ketawa macam pasangan orang laen. Aku tengok pom kadang-kadang aku jeles au! Aku nak bermesra depan orang pom segan au. Bukan aper, isau lau ader yang menyampah lak kat aku nie. Mr. Boy selalu cakap kat aku, jangan pedulikan hal orang… Betol gak cakap dia. Bila difikirkan baleq, aku lebeh pentingkan orang len dari bf aku sendiri. Kadang-kadang, aku tak peduli langsung perasaan dia pada aku. Bukan kadang-kadang tapi MANYAK KALI wooo. Tapi kan, aku respect bf aku, dia memang cukup-cukup sabar ngan aku. Sampaikan semalam, dia cakap, “bilalah ma nak dengar cakap pa…”, “bila nak serius ntah ma.”. Aku harap sifat kesabaran dia nie ada sampai bila-bila.

Banyak perkara yang aku tak ikut. Antaranya:-
• Simpan skit gaji untuk masa akan datang, (aku habeskan),
• Bagitau perkara yang aku buat sebagai maklumat pada dia, (aku wat tak tau jerk),
• Tanya dulu @ bincang ngan dia paper perkara yang aku nak buat, (aku wat ikut suka aku),
• Utamakan dia dari hal laen, (aku lebehkan Rakan Muda dari dia),
• Banyakkan rehat, (aku suka banyakkan kerja)…

Tengok, aper yang aku tak tau??? Suma aku tau, tapi aku tak ikut… Macamna dia tak nak hangin satu badan. Itu baru skit, aku ngan dia da 4taun, bayangkan ar da banyak mana dia cakap aku tak dengar. Da nek berkulat suma. Aku nie jenis panas baran gak. Sekali dua aku mintak maaf tapi dia taknak maafkan, mulalah aku pulak yang nak melenting. Aku nie pantang melenting, perkara pertama aku akan cakap aku nak CLASH!!! Tapi tak pulak dia ceraikan aku. Ader dia tinggalkan aku ngan persoalan yang tak terjawab. Mati kutu aku ngan dia nie.

Tapi aku tak taulah, aku sayang dia sangat-sangat. Dia tanya aku, “aper yang ma tau tentang sayang?”. Aku tak tau paper. Yang aku tau, takder dia, idop aku tak eppi au. Aku selalu nak dating ngan dia. Tapi masalah aku nie tak dengar cakap. Nak kata aku ader bf len, simpang 4 tak… Aku mana layan feeling ngan laki len. Tolonglah aku…

Aperpom, aku sebenarnya taknak dia tinggalkan aku. Boleh mati katak aku, paling koman ner stroke. Aku rela ner marah dari ditinggalkan bf aku. Aku taknak!!! Aku sayang dia seadanya…

Tuesday, April 13, 2010

Pagi Jumaat Versi 1

Aku da plan 3 ke 4ari ntah untuk pi berkelah ngan Mr. Boy… selalunya aku bersungguh sungguh plan, tapi tidak kali nie. Aku just plan gitu gitu jerk. Actually aku tak baper pasti tempat yang aku nak pi nie. Aku tau pom dari daq opis aku si Mariam ngan Kak Aima. Aku plan nak pi 19 Mac 2010 ari jumaat…

Kami bertolak pagi, tapi kami breakfast dulu kat kedai mamak Paka… makan roti canai jerk. Takder selera sangat ngan kedai mamak, (mintak maaf, aku harap Mr. Boy tak perli aku). Aku cakap kat Mr. Boy yang aku nak pi Kemaman dulu jalan jalan. Lagipom, tempat utama yang kami nak pi tue area Kerteh jerk, so tak jauh sangat. Pi awal awal pom, air sejuk kot.

Dan…

Aku sampai kat Kemaman tue dalam kol9 lebeh kot. Awal lagik, kedai pom tak bukak. Tetiba aku sakit perut macam nak tercirit. Cari punya cari toilet pom tak bukak lagik, aku da takder kemampuan nak berjalan. Aser nak mintak Mr. Boy dukong jerk. Kami pom pi kat kete dulu, landing landing. Dan secara tak sengaja aku terungut lagik yang aku sakit perut, tapi aku boleh jerk lau nak tahan. Bila Mr. Boy terdengar terus nak pi cari toilet. Dia drive sampai kat Shell. Dia tak suka aku tahan tahan nie, sebab aku jenis susah nak tercirit. Sampai kat Shell aku ngan senang ati mbruuut!!! (eiiiuuu).

Ngan aku syok nie, aku dengar macam ader sore kat luar bising bising. Perjuangan aku jadik terbantut. Aku kuar jerk, 2, 3orang duk tunggu turn. Mak aiii, muka sorang sorang dalah tua, tengok aku macam nak telan. Naseb bek aku tak simpan ‘harta’ aku, lau tak aku masuk baleq pi amik, then calit kat bontot diorang baru tau. Baru diorang tau aku nie gf Mr. Boy. Chaittt!

Sampai dalam kete, Mr. Boys cakap da lama dia tunggu aku depan pintu toilet, sampaikan terpaksa masuk kete sebab da malu tunggu gf dia lama sanga gf dia berak! Aper lagik aku terus tumbok dia, sampai ati! Eeeee…

kami pom berangat ke The Store tadi, kedai suma da bukak. Jalan jalan jerk kat sana sebab dalam purse aku just ader rm8.00. Mr. Boy pom tak beli paper. Minggu kesengketan kot. Astu nak baleq tue, aku sempat pi timbang berat badan. Berat aku da bertambah sekilo sejak kerja nie jadik 44.0kg. Mr. Boy pulak aku teruja sebab da lepas tahap kawalan keselamatan ngan 50.6kg. bangga wooo~~~ oke lah sekurang kurangnya dia boleh angkat aku, dukong aku, weee~~~.

Astu kami pi minum Root Beer kat A&W. Ngah ngah minum, Mr. Boy nak bermanja lak ngan aku, then cakap sayang aku. Aku suh dia diam, sebab aku segan ngan orang belakang (otai otai aku pom, maseh ader lagik sifat kemaluan tue, uhuks). Aperpom, sebenarnya ati aku berbunga bunga riang, hikhikhik…

Sambungan Jumaat Di Hutan Lipur Menderu Versi 2

(maseh lagik dalam linkungan 19 Mac 2010)

Aku tanya Mr. Boy dia ader duit tak rm40.00, then dia cakap ader. Aku cakap aku nak pinjam (aku nie suka tol pinjam duit bf aku. Bila da pinjam alamatnya burn terus. Teruk kan aku?). Sebab aku plan nak pi jumpa si Mariam. Aku nak amik barang baek dari dia. Dan, aku nak bayar terus. Aku tak suka nak utang orang. Sampai kat umah Mariam aku tak bagi Mr. Boy turun, suh duk lam kete diam diam… Mr. Boy asek paksa aku cakap aku nak jumpa daq tue untuk aper. Tapi aku tetap ngan pendirian aku, takkan cakap. Dia da tarik telinga aku pom, aku still pertahankan hak aku.

Ngah aku berurus niaga ngan daq tue, aku terpandang Mr. Boy ternganga lam kete. Aku agak dia tido. Aku da siap berurusan ngan Daq Nakal tue. Masuk kete aku cuba kejutkan Mr. Boy aku. Alamakkk! Betol tido. Buktinya aku tarik idong dia takder tindak balas (dia pantang aku pegang idong dia, takut terangsang kot, ahaks!)

Aku nie bukan aper, aku kan tak sure tempat ‘Deru’ yang kami nak pergi tue. Yang si Mariamnyer cakap jalan terus sampai jumpa kampong, then jumpa ader simpang ke kanan terus masuk. Aku sorang sorang drive. Aku kejutkan Mr.Boy pom tak bangun jugak. Aku terjun lopak air pom takder reaction. Tapi lam ati aku, lau tak jumpa jugak aku akan patah baleq. Lagipom jam aku awal lagik. Minyak pom banyak aku isi.

Aku ikut aper yang Mariam cakap tue, sampaiklah ader sign board kat satu simpang tue tulis ‘Hutan Lipur Menderu’, aku aku terus wat lencongan maut. Jalan agak berbatu batu. Aku drive ngan kelajuan 5km/j. agak agak aku da pertengahan jalan kot, aku baru teringat Mariam cakap ‘Air Terjun Deru’, tapi aku masuk kat ‘Hutan Lipur Menderu’. Aku da jadik gundah gulana. Aku da kejutkan Mr. Boy tapi tak bangun jugak. Aku da cuak. Lam ati aku tekad nak teruskan perjalanan tue, sampai aku da putus asa. Actually aku memang nak mesej Mariam, nak tanya aku nie betol ke salah, kedit pulak abes. Aku nak guna 5800 Mr. Boy pom tak reti nak taip. Heshhh…

Aku driveeeee jerk sampaikan aku tercium bau sungai… aku da aser sangat sangat senang ati. T___T”. Usaha aku membuahkan hasil, weee~~~. Da setel parking tue, Mr. Boy terjaga dan tanya aku ‘kita da kat mana?’. Then mintak maaf sebab tertido. Dia tanya macam macam. Takut sangat aku rogol dia ngah tido tue.

Kami pom berlari lari sampai ke puncak. Aku seronok sebab orang ramai, so tak lah takut sangat lau ader orang nak wat dajal kan… tempat tue memang sangat sesuai untuk pamili. Air pom bersih. Ikan kecik kecik sangat banyak. Aku da jadik macam budaq budaq…

Dan…

Aku nak citer pengalaman ngeri aku kat sana, pertama aku ner meniti batang kayu untuk seberang sungai tue. Mula tue aku nak berjalan ala ala citer ‘Avatar’ tue, tapi aku tak boleh sebab aku aser macam nak jatuh. Mr. Boy da lepas titian da. Aku da nak menanges. Aku peluk batang kayu tue sebab aku da takut, takut sangat sangat oke. Aku da tak boleh nak bertahan ngan perasaan aku then aku mintak Mr. Boy tolong. Lega aku.

Sampai kat tempat kami nak lepaq tue, aku tukar baju siap siap then makan nasi. Lapar giler kot. Mr. Boy pom lapar sangat. Ngah ngah aku makan, aku terasa macam pening. Ngan secara tak sengajanya aku terpandang kat jari kaki aku, aku nampak pacat!!! Aku menjerit sekuat ati. naseb aku tak pengsan kat situ. Mr. Boy da gelabah tolong aku cabut pacat tue.

Sumpah!
Aku takut.

(cerita nie dah dipotong, harap maklum)