CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 13, 2010

Sambungan Jumaat Di Hutan Lipur Menderu Versi 2

(maseh lagik dalam linkungan 19 Mac 2010)

Aku tanya Mr. Boy dia ader duit tak rm40.00, then dia cakap ader. Aku cakap aku nak pinjam (aku nie suka tol pinjam duit bf aku. Bila da pinjam alamatnya burn terus. Teruk kan aku?). Sebab aku plan nak pi jumpa si Mariam. Aku nak amik barang baek dari dia. Dan, aku nak bayar terus. Aku tak suka nak utang orang. Sampai kat umah Mariam aku tak bagi Mr. Boy turun, suh duk lam kete diam diam… Mr. Boy asek paksa aku cakap aku nak jumpa daq tue untuk aper. Tapi aku tetap ngan pendirian aku, takkan cakap. Dia da tarik telinga aku pom, aku still pertahankan hak aku.

Ngah aku berurus niaga ngan daq tue, aku terpandang Mr. Boy ternganga lam kete. Aku agak dia tido. Aku da siap berurusan ngan Daq Nakal tue. Masuk kete aku cuba kejutkan Mr. Boy aku. Alamakkk! Betol tido. Buktinya aku tarik idong dia takder tindak balas (dia pantang aku pegang idong dia, takut terangsang kot, ahaks!)

Aku nie bukan aper, aku kan tak sure tempat ‘Deru’ yang kami nak pergi tue. Yang si Mariamnyer cakap jalan terus sampai jumpa kampong, then jumpa ader simpang ke kanan terus masuk. Aku sorang sorang drive. Aku kejutkan Mr.Boy pom tak bangun jugak. Aku terjun lopak air pom takder reaction. Tapi lam ati aku, lau tak jumpa jugak aku akan patah baleq. Lagipom jam aku awal lagik. Minyak pom banyak aku isi.

Aku ikut aper yang Mariam cakap tue, sampaiklah ader sign board kat satu simpang tue tulis ‘Hutan Lipur Menderu’, aku aku terus wat lencongan maut. Jalan agak berbatu batu. Aku drive ngan kelajuan 5km/j. agak agak aku da pertengahan jalan kot, aku baru teringat Mariam cakap ‘Air Terjun Deru’, tapi aku masuk kat ‘Hutan Lipur Menderu’. Aku da jadik gundah gulana. Aku da kejutkan Mr. Boy tapi tak bangun jugak. Aku da cuak. Lam ati aku tekad nak teruskan perjalanan tue, sampai aku da putus asa. Actually aku memang nak mesej Mariam, nak tanya aku nie betol ke salah, kedit pulak abes. Aku nak guna 5800 Mr. Boy pom tak reti nak taip. Heshhh…

Aku driveeeee jerk sampaikan aku tercium bau sungai… aku da aser sangat sangat senang ati. T___T”. Usaha aku membuahkan hasil, weee~~~. Da setel parking tue, Mr. Boy terjaga dan tanya aku ‘kita da kat mana?’. Then mintak maaf sebab tertido. Dia tanya macam macam. Takut sangat aku rogol dia ngah tido tue.

Kami pom berlari lari sampai ke puncak. Aku seronok sebab orang ramai, so tak lah takut sangat lau ader orang nak wat dajal kan… tempat tue memang sangat sesuai untuk pamili. Air pom bersih. Ikan kecik kecik sangat banyak. Aku da jadik macam budaq budaq…

Dan…

Aku nak citer pengalaman ngeri aku kat sana, pertama aku ner meniti batang kayu untuk seberang sungai tue. Mula tue aku nak berjalan ala ala citer ‘Avatar’ tue, tapi aku tak boleh sebab aku aser macam nak jatuh. Mr. Boy da lepas titian da. Aku da nak menanges. Aku peluk batang kayu tue sebab aku da takut, takut sangat sangat oke. Aku da tak boleh nak bertahan ngan perasaan aku then aku mintak Mr. Boy tolong. Lega aku.

Sampai kat tempat kami nak lepaq tue, aku tukar baju siap siap then makan nasi. Lapar giler kot. Mr. Boy pom lapar sangat. Ngah ngah aku makan, aku terasa macam pening. Ngan secara tak sengajanya aku terpandang kat jari kaki aku, aku nampak pacat!!! Aku menjerit sekuat ati. naseb aku tak pengsan kat situ. Mr. Boy da gelabah tolong aku cabut pacat tue.

Sumpah!
Aku takut.

(cerita nie dah dipotong, harap maklum)

0 comments: